Tuesday, April 28, 2009

Dari Kapal laut ke Kapal terbang


Sebelum adanya perkhidmatan kapal terbang, jemaah haji dari Malaya akan menggunakan kapal laut untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Perjalanannya mengambil masa sebulan dan kadang lebih lama lagi.

Foto ini diperolehi dari koleksi Tuan Hj Ahmad Mughni bin Hj Abd Rahman. Dalam foto ini beliau berdiri nombor empat dari kanan, memegang bag dan berkopiah putih. Foto ini diambil di pelabuhan Jeddah ketika hendak balik ke Malaya setelah menamatkan pengajiannya di Darul Ulum, Makkah.

Walaupun perjalanannya agak jauh dan memakan masa yang lama, namun pengalaman yang diperolehi sepanjang kembara ini tentunya sangat berharga. Orang kata, jauh perjalanan banyak pengalaman.

Kepada anak cucu yang menatap foto ini, ingatlah bahawa, barangsiapa yang menempuh perjalanan menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan perjananannya ke syurga.

Ada sesiapa sekarang ini yang hendak pergi ke Mekah naik kapal laut?

Sunday, April 12, 2009

Tok Guru Ma'had Darul Ulum Makkah

Foto ini telah diperolehi dari simpanan koleksi Ayahanda Tuan Hj Mughni yang pernah 'mengaji' di Darul Ulum, Makkah sekitar tahun 50 an.

Menurut beliau, semua berada dalam gambar itu ialah tuan-tuan syeikh yang mengajar di Madrasah tersebut.

Kalau kita perhatikan, fesyen pakaian mereka nampaknya tidak sama seperti orang arab Mekah sekarang yang lebih selesa dengan fesyen arab badwi, iaitu meletakkan igal dikepala dan melipat kain serban mereka.

Mungkin ada orang yang mempunyai foto yang sama seperti yang dipaparkan dalam blog ini kerana ramai juga anak-anak Melayu yang belajar di Ma'ahad tersebut.

Anda boleh berkongsi pengalaman sekiranya ada sesuatu yang menarik dan bagus untuk dikongsi bersama.

MOZAM

Friday, April 10, 2009

Mencari Penerus Perjuangan

Inilah satu-satunya foto yang dapat diselamatkan. Sekurang-kurang ia dapat memberikan gambaran suasana dan keadaan pembelajaran pada masa itu. foto ini dirakamkan sebagai tanda ingatan pelajar-pelajar dan guru-guru yang gigih membangunkan institusi pendidikan agama melalui sistem sekolah pondok.

Sebagai generasi baru yang tidak berkesempatan merasai saat pahit getir perjuangan membina umat hidup beragama tentunya gambar ini sangat bermakna.

Aku tidak sempat mengulas lanjut tentang foto ini dan insya Allah akan diterangkan dalam tulisan yang akan datang. Harap Ustaz Hafiz dapat membantu untuk membuat susulan. Macam mana?

MOZAM - Kalau ada yang mengenali wajah-wajah yang dipaprkan dalam blog ini, boleh berkongsi cerita dan pengalaman untuk dikongsi bersama.

Kalendar Warisan Tanda Ingatan


Ini ialah kalendar Bulan Hijrah dan Jawa yang telah diusahakan oleh Al Marhum Hj Husin semasa hayatnya. Kalendar ini telah banyak berjasa kepada ramai umat Islam khasnya di Selangor.

Sehingga kini, kalendar ini masih diterbitkan sebagai tanda memperingati dan kenangan kewujudan sebuah institusi pendidikan agama yang bernama ' Maahad Al Talabah Al Abbasiyyah' di tanah bertuah - Sijangkang.