Saturday, September 26, 2009

BersamaMu

Derita disebalik senyuman. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Adik Rahim BIn Mujib ini telah disahkan mengidap kanser. Kilang spermnya telah dibuang kerana nyawanya lebih utama untuk diselamatkan.Baru-baru ini jangkitan kuman telah merebak hingga ke buah pinggang menyebabkan bengkak. Dia telah dirawat diHUKM. Atas budibicara Dr yang merawatnya, beliau dibenarkan balik untuk berhari raya. Sekarang dia kembali semula untuk rawatan lanjut. Bag plastik yang tersangkut dipinggangnya itu ialah bag urin yang terpaksa dibawa sepanjang masa.

Sebelum ini, kos pembiayaannya mencecah puluhan ribu ringgit.Bapanya seorang pesara dan telah berhabis duit simpanan untuk membiayai kos rawatan walaupun mendapat sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor. Ibunya yang mengidap kencing manis tegar juga memerlukan rawatan intensif.

Kepada semua kerabat dan sahabat taulan yang prihatin dan budiman,
Marilah kita hulurkan tangan, ringankan beban saudara kita ini. Walaupun dia bukanlah selebriti atau orang politik tersohor namun dia juga adalah insan seperti kita juga. Ketika kita di atas ada orang yang dibawah menghulurkan tangan mohon bantuan.

anda prihatin? Sila berhubung dengan bapanya di Kg Sijangkang atau melalui blog ini.Sekian.

KEMBARA JEJAK AULIA' WALI SONGO


PROGRAM ZIARAH WALI SONGO DAN PESANTREN

TARIKH :

TRIP 1 : 18 - 24 NOVEMBER 09
TRIP 2 : 9 - 16 DISEMBER 09

kepada semua yang berminat untuk menyertai kembara ini, sila hubungi ;

1. Mohamad Noh Hj Omar : 019 3661735 @ 03 31221277.

TEMPAT TERHAD !