Thursday, May 13, 2010
Pengumuman..pengumuman
Perhatian : para penyokong fb harap dapat membantu juga aliran blog agar nampak lebih mantep.
Wednesday, January 20, 2010
Perginya Seorang Serikandi Yang Tabah
Pada 19 Januari 2010, Mbah Hasnah@ hajah Darwiah Hj Dahlan telah kembali ke rahmatullah selepas beberapa lama berehat dirumah kerana uzur. Menurut salah seorang anaknya yang sempat menemaninya dengan membaca Surah Al An'am, Malaikat Izrail menjemputnya sekitar pukul 5.40 petang.
Ketika ruhnya berpisah dengan jasad dengan keadaan yang sangat aman dan tenang sekali. Kami mendoakan semoga ruhnya diletakkan bersama orang-orang saleh. Beliau telah berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan disamping suaminya, Kiyai Hj Husin di Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang.
Semua saudara mara dan kaun kerabat dijemput untuk bertahlil selepas isya' dirumah anaknya Tuan Hj Muhammad@ Mahin di Sijangkang.
Monday, January 11, 2010
Sunan Gresik@ Sunan Malik Ibrahim
Kami merakamkan kenangan sebagai tanda kehadiran ke sini
Pada jam 7.00 pagi kami terus menuju ke Makam Sunan Malik Ibrahim di Gresik. Gresik... tetapi ramai yang menyebutnya Gersik.Aku tak sempat nak tanya kenapa ada perbezaan bunyi dan ejaan.
Kami melalui kawasan perusahaan garam laut yang luas. Kaedah yang dilakukan agak unik. Air laut dimasukkan dalam petak-petak sawah. Bila musim panas, air akan disejatkan. Air yang kering akan meninggalkan garam putih dan akan dilonggokkan sebelum dihantar ke kilang untuk diproses.
Jam 10.00 pagi - Kami tiba di Gresik.
Apabila kami sampai dikawasan tapak parkir bas, masing-masing menyerbu ke tandas. Tandasnya agak bersih dan sesuai untuk digunakan.Tentunya berpadanan dengan harga masuknya iaitu Rp1000( Rm.0.36 )
Makam Sunan Gresik hanya terletak diseberang jalan dari tempat parkir bas. Kami adalah kumpulan yang pertama tiba.Suasana masih tenang dan lengang.
Menurut ceritanya, Sunan Malik tiba dari champa pada tahun 1404M. Menetap di Gresik dan dimakamkan di Gresik pada 1419M. Ketika itu majoriti masyarakat Jawa beragama Hindu dan Budha.Beliau berhati-hati dan penuh bijaksana dalam menyantuni masyarakat. Beliau menunjukkan akhlak dan pekerti mulia.Tutur katnya lemah lembut dan sopan. Beliau menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.
Ajaran Islam mudah diterima kerana layanan Islam yang diberikan untuk semua lapisan masyarkat berbanding agama Hindu yang hanya berlegar disekitar istana dan pemerintah sahaja. Islam telah menaikkan darjat dan martabat rakyat marhaen. Mereka merasa dihargai dan dihormati sebagai manusia.
Selepas membaca fatihah dan surah al ikhlas serta zikir tahlil yang diketuai oleh Pak Noh dan ayahanda Hj Mughni, kami singgah ke satu tempayan besar.Aku tengok airnya dipam dari bawah tanah. Rasanya ini kawasan perkuburan. Mungkin sumber air yang disedut itu beratus kaki kedalam tanah. Siapa yang nak minum, silakan.Monggo mas..
Makam Sunan Giri
Kami meneruskan perjalanan ke Makam Sunan Giri yang tidak jauh dari sini.
Siapa Sunan Giri?
Dia dikenali sebagai Sunan Giri@ Raden Paku @Prabu satmata
Makam Sunan Giri terletak diatas bukit dan agak jauh dari parkir bas. Tetapi pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan kereta kuda. Bayaran dikenakan ialah Rp2.000 seorang. Perjalanan tidaklah jauh tapi kalau berjalan kaki lenguh juga.Jaraknya sekitar 15 minit perjalanan. Kereta kuda disini dipanggil ‘Gilman’.Kalau di Jogja ia dipanggil ‘Dokar’.
Sebenarnya, Bas boleh hantar kami hingga ke kaki bukit Makam tetapi kerana nak memberi nilai tambah kepada produk pelancungan disini disamping nak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Jawa. Kreativiti dan inovasi begini perlu diterapkan dalam industri pelancungan diMalaysia.
Sunan Giri seorang ulama’ Feqah. Sikap dan keyakinannya itu turut disokong oleh Sunan Ampel dan Sunan Derajat.Pandangan dan pendekatanya nya sedikit berbeza dengan Sunan yang lain. Namun hubungan ukhuwwah Islamiyyah tetap dipelihari. Ini terbukti ketika perasmian Masjid Demak. Sunan Kalijaga mahu perasmian diadakan persembahan wayang kulit. Tetapi Sunan Giri berpendapat wayang berwajah manusia hukumnya haram. Sunan Kalijaga dengan kreativiti dan inovasinya telah mengubahnya menjadi wajah karikatur. Sunan Giri bersetuju dan ia terus digunakan sebagai media dakwah.
Inilah contoh kebijaksanaan dalam perjuangan dakwah mereka, perbezaan tidak diruncingkan, persamaan dirapatkan.Ukhuwwah terus dipelihara.
Saturday, January 2, 2010
EKPLORASI ILMU DAN JEJAK AULIA
KUALA LUMPUR – SURABAYA – GRESIK - LAMONGAN -TUBAN –– MURIA – PATI - KUDUS – DEMAK – JOGJAKARTA – PONOROGO – KEDIRI – SIDOARJO – SURABAYA
11 dewasa 12 kanak-kanak
Jurupandu dan Pembimbing: Pak Noh dan Ibu Barir
KL –
7.00 pagi - Semua berkumpul di LCCT , Sepang. Oleh kerana maklumat yang kurang lancar ada peserta yang terbabas sampai ke KLIA .Nasib baik belum sempat parkir kereta.Perjalanan bermula dengan lancar. Semua urusan pihak keselamatan dan penerbangan tidak menghadapi masalah. Al hamdulillah. Beberapa orang kelihatan letih. Mungkin kerana banyak tugas dan kerja yang perlu dibereskan sebelum berangkat.
tetapi kanak-kanak adalah orang yang paling gembira dan ceria sekali. Maklumlah teruja nak naik kapal terbang. Macam-macam yang mereka bualkan dan angankan sebelum naik pesawat.Kami adalah orang terakhir yang check in bagasi. Kami tidak perlu tergesa-gesa kerana masa masih awal lagi.
Kami sampai di Bandara Juanda pada pukul 12.30 tengahari.Cuaca cerah dan terang. Kami singgah makan di Rumah Makan
Macam biasa makanan
Selepas semua selesai, Tuan kedai kelihatan bertungkus lumus mengira piring dan gelas yang digunakan. Lama juga kami menunggu untuk mendapatkan jumlah bayaran yang dikenakan. Bila dia siap kira, jumlahnya lebih sejuta! Nasib baik rupiah.Tapi rasanya tak padan dengan makanan dan tempatnya!Memang kami kena sembelih! "emang dasar ..emang dasar..engkau bajingan"...kata penyanyi Wali Band.
Perjalanan kami dipandu oleh Pak Noh dan Ibu Barir yang telah banyak kali bertandang ke sini. Mereka berdua pun memang mempunyai ramai kenalan dan kaum kerabat di sini.Jadi mudahlah sikit segala urusan.Apa lagi bahasa Jawa halusnya memang cukup kemas. Kurang sikit risiko kena kelentong. Pak Supirnya, Pak Arifin pun seorang yang berhemah dan sabar. Maklumlah kami ni pelancung keluarga.Ramai pulak budak-budak kecil.
Saturday, September 26, 2009
BersamaMu
Adik Rahim BIn Mujib ini telah disahkan mengidap kanser. Kilang spermnya telah dibuang kerana nyawanya lebih utama untuk diselamatkan.Baru-baru ini jangkitan kuman telah merebak hingga ke buah pinggang menyebabkan bengkak. Dia telah dirawat diHUKM. Atas budibicara Dr yang merawatnya, beliau dibenarkan balik untuk berhari raya. Sekarang dia kembali semula untuk rawatan lanjut. Bag plastik yang tersangkut dipinggangnya itu ialah bag urin yang terpaksa dibawa sepanjang masa.
Sebelum ini, kos pembiayaannya mencecah puluhan ribu ringgit.Bapanya seorang pesara dan telah berhabis duit simpanan untuk membiayai kos rawatan walaupun mendapat sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor. Ibunya yang mengidap kencing manis tegar juga memerlukan rawatan intensif.
Kepada semua kerabat dan sahabat taulan yang prihatin dan budiman,
Marilah kita hulurkan tangan, ringankan beban saudara kita ini. Walaupun dia bukanlah selebriti atau orang politik tersohor namun dia juga adalah insan seperti kita juga. Ketika kita di atas ada orang yang dibawah menghulurkan tangan mohon bantuan.
anda prihatin? Sila berhubung dengan bapanya di Kg Sijangkang atau melalui blog ini.Sekian.
KEMBARA JEJAK AULIA' WALI SONGO
Monday, August 3, 2009
Kembara Jejak Aulia
Tempat terhad!