Tuesday, July 7, 2009

Teruskan Doa Kalian Semua

Foto ini dirakamkan beberapa hari sebelum Mbah Dhar uzur. Beliau masih mampu untuk menikmati makanan yang dihidangkan dan antara kegemarannya ialah kentang rebus.

Kepada anak cucu cicit dan para kerabat jauh dan dekat yang mengenali Mbah Dhar dipohon agar terus mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau. Sejak kebelakangan ini ada sedikit gangguan dari unsur misteri yang sukar untuk dijelaskan oleh dunia perubatan. Berbagai usaha dan ikhtiyar telah dilakukan oleh para perunding dan orang yang ada ilmu spiritual untuk membantu menangani masalah ini.

Al Hamdulillah keadaannya semakin baik dan beransur pulih. Marilah kita terus amalkan wirid doa 'Hizib syayatin' yang telah diajarkan oleh Mbah dahulu sebagai pendiding dari gangguan jin dan sy"aitan. K

Mari Doakan Kesihatan Mbah Dhar

pada minggu yang lalu, kami dikejutkan dengan berita keuzuran Mbah Dhar . Nama sebenarnya ialah Hajah Hasnah@ Darwiah. Kami biasa memanggilnya dengan panggilan Mbah Cilik. Itulah panggilan mesra yang kami selalu gunakan dan Mbah Gedhi merujuk kepada arwah suaminya.

Menurut maklumat yang disampaikan, beliau tiba-tiba merasa lemah dan tidak sedarkan diri. Semua anak beranak telah dihubungi kerana keadaan beliau yang sangat tenat. Menurut Doktor yang datang merawatnya, kandungan gulanya sangat rendah. Dr mencadangkan supaya Mbah Dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, tetapi biasanya mbah tidak mahu dibawa kehospital.

Oleh kerana jarum drip tidak dapat disuntik ke kulitnya, air glukos terpaksa dimasukkan secara manual. Al hamdulillah selepas beberapa jama, mbah kembali sedar cuma keadaannya sangat lemah dan tidak mampu untuk menuturkan kata-kata.

Sekarang ini, al hamdulillah keadaannya beransur pulih tetapi....

Surau Kiyai Kusen

Surau ini dikenali dengan nama surau Kiyai Kusen. Ia terletak di Kampung Batu 1 Sijangkang, Kuala Langat. Banyak perubahan dan penambahan bangunan telah dilakukan untuk menampung jamaah yang semakin bertambah terutamanya pada Hari Raya.

Surau ini merupakan tapak bermulanya kelas-kelas pengajian ilmu-ilmu Islam dikawasan Sijangkang dan yang sama waktu dengannya. Disekitar surau ini dulu didirikan pondok-pondok untuk pelajar-pelajar yang datang berguru dari serata ceruk rantau terutamanya dari selatan Perak, Sabak Bernam, Tanjong Karang hinggalah ke kawasan Kanchong Darat. Surau ini masih digunakan oleh masyrakat sekitar dan dijaga dengan baik oleh masyarakat sekitar khasnya anak cucunya yang tinggal disekitar surau ini.

Al Fatihah


Kelihatan Mbah Mamat ( Hj Harowi) turut memberikan penghormatan sambil mendoakan kesejahteraan semasa jenazah sedang diusung ke van jenazah.

sebahagian dari tetamu yang hadir memberikan ucapan selamat jalan kepada al Marhum Hj Shafa' untuk kali yang terakhir.