
Sebelum adanya perkhidmatan kapal terbang, jemaah haji dari Malaya akan menggunakan kapal laut untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Perjalanannya mengambil masa sebulan dan kadang lebih lama lagi.
Foto ini diperolehi dari koleksi Tuan Hj Ahmad Mughni bin Hj Abd Rahman. Dalam foto ini beliau berdiri nombor empat dari kanan, memegang bag dan berkopiah putih. Foto ini diambil di pelabuhan Jeddah ketika hendak balik ke Malaya setelah menamatkan pengajiannya di Darul Ulum, Makkah.
Walaupun perjalanannya agak jauh dan memakan masa yang lama, namun pengalaman yang diperolehi sepanjang kembara ini tentunya sangat berharga. Orang kata, jauh perjalanan banyak pengalaman.
Kepada anak cucu yang menatap foto ini, ingatlah bahawa, barangsiapa yang menempuh perjalanan menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan perjananannya ke syurga.
Ada sesiapa sekarang ini yang hendak pergi ke Mekah naik kapal laut?