Sunday, April 12, 2009

Tok Guru Ma'had Darul Ulum Makkah

Foto ini telah diperolehi dari simpanan koleksi Ayahanda Tuan Hj Mughni yang pernah 'mengaji' di Darul Ulum, Makkah sekitar tahun 50 an.

Menurut beliau, semua berada dalam gambar itu ialah tuan-tuan syeikh yang mengajar di Madrasah tersebut.

Kalau kita perhatikan, fesyen pakaian mereka nampaknya tidak sama seperti orang arab Mekah sekarang yang lebih selesa dengan fesyen arab badwi, iaitu meletakkan igal dikepala dan melipat kain serban mereka.

Mungkin ada orang yang mempunyai foto yang sama seperti yang dipaparkan dalam blog ini kerana ramai juga anak-anak Melayu yang belajar di Ma'ahad tersebut.

Anda boleh berkongsi pengalaman sekiranya ada sesuatu yang menarik dan bagus untuk dikongsi bersama.

MOZAM

1 comment:

  1. subhanallah... sudah lama ana cari gambar atok ana ni... beliau duduk dua dari kiri.. namanya mohd nor mohd isa asal dari kedah.. bole ana taw... ayahanda saudara masih hidup? ingin mendengar dan merekod sejarah perjalanan hidup syeikh melayu niusantara di sana...

    ReplyDelete