Baru-baru ini satu trip kembara Jejak Aulia yang diketuai oleh Paman Noh telah berjaya dan selamat kembali. Seramai 19 orang telah mengikuti siri lawatan ini dan menurut yang empunya cerita, perjalanan ini sangat bermakna dan membekas dalam jiwa semua peserta kembara.
Aku yang mendengar cerita pun teringin juga mengikuti program itu jika ada kesempatan dilain kali. Satu Siri Kembara kedua dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat. Trip kali ini akan meliputi Makam-makam Wali Songo- Sunan Giri, Sunan Derajat, Sunan Bonang, Sunan Grisek, Sunan kalijaga dll.
Menurut rancangan asalnya, kami juga akan melawat Pondok-pondok tersohor seperti Pondok Gontor, Pondok Mbah Koribun, Jogja - pondok Arwah Mbah Gede berguru, Pondok Ponorogo dan Pondok Kediri.
Sebagai nilai tambah, Kami akan singgah di Masjid Demak dan Masjid Bawah Tanah di Lamongan.
Perjalanan kembara 7 hari 6 malam ini adalah perjalanan yang diatur sendiri oleh Pihak keluarga Mbah gede dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi ;
Paman Noh selaku penyelaras utama.
Kalau mengikut pengalaman lalu, kos keseluruhan adalah sebanyak Rm1500. Masa akan ditentukan kemudian dan dicadangkan pada hujung tahun ( bulan 12 ).
peserta hanya dihadkan kepada maksima 20 orang sahaja.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum wrt wbt
ReplyDelete1. Tarikh yang dicadangkan pada : 9 Dis 09.
masa bertolak : 6.00 petang
2. Jumlah peserta yang dicadangkan : 20 orang.
3. Makluman penting ; Tiket ke Surabaya boleh ditempah sekarang melalui internet.Rm 250 sahaja.
4. Harap dapat buat tindakan segera.