Sunday, June 14, 2009

BELASUNGKAWA

Petang tadi kami baru mendapat berita kematian Wak Sapak .Beliau ialah anak kepada Mbah Sulor. Sebab-sebab kematian tidak dijelaskan. Esok kami bercadang untuk layat untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepadanya. Kami doakan semoga rohnya diletakkan bersama para syuhada' dan salihin.

Majlis Selametan dan Sukuran

Baru-baru ini satu majlis Selametan telah diadakan dirumah Abang Suhaini ( Juga dikenali sebagai Cikgu Raop). rupa-rupanya beliau baru selamat keluar dari Wad kerana sakit ulser perut. Menurut ceritanya, beliau terpaksa berehat seminggu diwad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Lebih malang lagi, isterinya telah ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan balik dari Kursus di Sabak Bernam. Nasib baik tidak mengalami kecederaan yang teruk. Kereta yang dipandu rakannya telah dilanggar oleh sebuah lori dari belakang.

Disamping itu, berita baiknya pula ialah anaknya si Afif telah berjaya mendapar 8A dalam peperiksaan SPM yang lalu dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Darul Iman, Terengganu.

Kami mendoakan semoga Abang Suhaini dan Kak Riyah sekeluarga akan sentiasa diberikan kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat.

Kembara Jejak Aulia

Baru-baru ini satu trip kembara Jejak Aulia yang diketuai oleh Paman Noh telah berjaya dan selamat kembali. Seramai 19 orang telah mengikuti siri lawatan ini dan menurut yang empunya cerita, perjalanan ini sangat bermakna dan membekas dalam jiwa semua peserta kembara.

Aku yang mendengar cerita pun teringin juga mengikuti program itu jika ada kesempatan dilain kali. Satu Siri Kembara kedua dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat. Trip kali ini akan meliputi Makam-makam Wali Songo- Sunan Giri, Sunan Derajat, Sunan Bonang, Sunan Grisek, Sunan kalijaga dll.

Menurut rancangan asalnya, kami juga akan melawat Pondok-pondok tersohor seperti Pondok Gontor, Pondok Mbah Koribun, Jogja - pondok Arwah Mbah Gede berguru, Pondok Ponorogo dan Pondok Kediri.

Sebagai nilai tambah, Kami akan singgah di Masjid Demak dan Masjid Bawah Tanah di Lamongan.

Perjalanan kembara 7 hari 6 malam ini adalah perjalanan yang diatur sendiri oleh Pihak keluarga Mbah gede dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi ;
Paman Noh selaku penyelaras utama.

Kalau mengikut pengalaman lalu, kos keseluruhan adalah sebanyak Rm1500. Masa akan ditentukan kemudian dan dicadangkan pada hujung tahun ( bulan 12 ).

peserta hanya dihadkan kepada maksima 20 orang sahaja.

Sunday, June 7, 2009

Selametan dan Boyongan

7 Jun 09- Kami mengucapkan Selamat Boyongan kepada Pn.Hamidah Ahmad Mughni (kami biasa panggil dia Idah) dan keluarga kerumah baru di Desa Anggerik, Serendah, Hulu Selangor.

Mereka telah membeli rumah disana kerana dekat dengan tempat kerja Zulkarnain ( Zul) di Perodua, Rawang.

Biasanya orang-orang Jawa akan membuat sedikit majlis doa selamat yang dipanggil Selametan. Ramai kaum keluarga yang dijemput hadir untuk sama-sama mendoakan kesejateraan dan keselamatan rumah dan keluarga.

Kami mendoakan semoga mereka akan semua sentiasa berbahagia dirumah baru. Kalau ada gambar rumah baru tu, bolehlah hantar kepada admin untuk dimasukkan dalam blog ini.