Saturday, January 2, 2010

EKPLORASI ILMU DAN JEJAK AULIA

"Program ini dirancang khusus untuk mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat"


KUALA LUMPUR – SURABAYA – GRESIK - LAMONGAN -TUBAN –– MURIA – PATI - KUDUS – DEMAK – JOGJAKARTA – PONOROGO – KEDIRI – SIDOARJO – SURABAYA

Ahli Rombongan : 23 orang

11 dewasa 12 kanak-kanak

1. Ayahanda Hj Ahmad Mughni Abd Rahman

2. Bonda Pauziah Bt Hj Husin

3. Hj Othman - Kak Jah, Razi,Anis,Lokman, Aina dan Irfan

4. Hj Mohd Zawawi Ahmad Mughni - Abd Faizi, Hakimi dan Nasafi

5. Dr. Asnawi - Haida, Aiman, dina dan Amir

6. Zulkarnain - Hamidah dan Akil


Jurupandu dan Pembimbing: Pak Noh dan Ibu Barir


KL – SURABAYA

Kami telah merancang program ini setahun yang lalu. Oleh kerana beberapa kesulitan dan kekangan baru kali ini kami dapat menjayakan program ini.


7.00 pagi - Semua berkumpul di LCCT , Sepang. Oleh kerana maklumat yang kurang lancar ada peserta yang terbabas sampai ke KLIA .Nasib baik belum sempat parkir kereta.Perjalanan bermula dengan lancar. Semua urusan pihak keselamatan dan penerbangan tidak menghadapi masalah. Al hamdulillah. Beberapa orang kelihatan letih. Mungkin kerana banyak tugas dan kerja yang perlu dibereskan sebelum berangkat. Ada yang selsema dan batuk. Tetapi bekalan ubat telah disiapkan oleh Pak Tabib Dr Asnawi yang turut pergi bersama keluarganya.

tetapi kanak-kanak adalah orang yang paling gembira dan ceria sekali. Maklumlah teruja nak naik kapal terbang. Macam-macam yang mereka bualkan dan angankan sebelum naik pesawat.Kami adalah orang terakhir yang check in bagasi. Kami tidak perlu tergesa-gesa kerana masa masih awal lagi.


Kami sampai di Bandara Juanda pada pukul 12.30 tengahari.Cuaca cerah dan terang. Kami singgah makan di Rumah Makan Padang. Oleh kerana kelaparan ramai yang tidak tunggu lama terus ngap apa yang ada. Padahal 'keluarga besar' lalat-lalat banyak berlegar-legar menyambut kedatangan kami semua.


Macam biasa makanan padang, dari otak lembu sampai ke kaki lembu semua dijadikan menu utama. Sayurnya mesti pucuk (baca : daun tua) ubi yang direbus hingga lembut. Daun ubi adalah sumber makanan hijau yang murah. Tapi bila dah siap masak, mahal juga.


Selepas semua selesai, Tuan kedai kelihatan bertungkus lumus mengira piring dan gelas yang digunakan. Lama juga kami menunggu untuk mendapatkan jumlah bayaran yang dikenakan. Bila dia siap kira, jumlahnya lebih sejuta! Nasib baik rupiah.Tapi rasanya tak padan dengan makanan dan tempatnya!Memang kami kena sembelih! "emang dasar ..emang dasar..engkau bajingan"...kata penyanyi Wali Band.


Perjalanan kami dipandu oleh Pak Noh dan Ibu Barir yang telah banyak kali bertandang ke sini. Mereka berdua pun memang mempunyai ramai kenalan dan kaum kerabat di sini.Jadi mudahlah sikit segala urusan.Apa lagi bahasa Jawa halusnya memang cukup kemas. Kurang sikit risiko kena kelentong. Pak Supirnya, Pak Arifin pun seorang yang berhemah dan sabar. Maklumlah kami ni pelancung keluarga.Ramai pulak budak-budak kecil. Ada yang muntah dan ada yang tertumpah air minuman dan macam-macam lagi. Namun bas mercedisnya yang masih baru memberikan keselesaan kepada kami semua.

...Bersambung ....

No comments:

Post a Comment