Monday, January 11, 2010

Sunan Gresik@ Sunan Malik Ibrahim

GRESIK

Kami merakamkan kenangan sebagai tanda kehadiran ke sini

Pada jam 7.00 pagi kami terus menuju ke Makam Sunan Malik Ibrahim di Gresik. Gresik... tetapi ramai yang menyebutnya Gersik.Aku tak sempat nak tanya kenapa ada perbezaan bunyi dan ejaan.

Kami melalui kawasan perusahaan garam laut yang luas. Kaedah yang dilakukan agak unik. Air laut dimasukkan dalam petak-petak sawah. Bila musim panas, air akan disejatkan. Air yang kering akan meninggalkan garam putih dan akan dilonggokkan sebelum dihantar ke kilang untuk diproses.

Jam 10.00 pagi - Kami tiba di Gresik.
Apabila kami sampai dikawasan tapak parkir bas, masing-masing menyerbu ke tandas. Tandasnya agak bersih dan sesuai untuk digunakan.Tentunya berpadanan dengan harga masuknya iaitu Rp1000( Rm.0.36 )

Makam Sunan Gresik hanya terletak diseberang jalan dari tempat parkir bas. Kami adalah kumpulan yang pertama tiba.Suasana masih tenang dan lengang.

Menurut ceritanya, Sunan Malik tiba dari champa pada tahun 1404M. Menetap di Gresik dan dimakamkan di Gresik pada 1419M. Ketika itu majoriti masyarakat Jawa beragama Hindu dan Budha.Beliau berhati-hati dan penuh bijaksana dalam menyantuni masyarakat. Beliau menunjukkan akhlak dan pekerti mulia.Tutur katnya lemah lembut dan sopan. Beliau menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.

Ajaran Islam mudah diterima kerana layanan Islam yang diberikan untuk semua lapisan masyarkat berbanding agama Hindu yang hanya berlegar disekitar istana dan pemerintah sahaja. Islam telah menaikkan darjat dan martabat rakyat marhaen. Mereka merasa dihargai dan dihormati sebagai manusia.

Selepas membaca fatihah dan surah al ikhlas serta zikir tahlil yang diketuai oleh Pak Noh dan ayahanda Hj Mughni, kami singgah ke satu tempayan besar.Aku tengok airnya dipam dari bawah tanah. Rasanya ini kawasan perkuburan. Mungkin sumber air yang disedut itu beratus kaki kedalam tanah. Siapa yang nak minum, silakan.Monggo mas..


Makam Sunan Giri

Kami meneruskan perjalanan ke Makam Sunan Giri yang tidak jauh dari sini.

Siapa Sunan Giri?
Dia dikenali sebagai Sunan Giri@ Raden Paku @Prabu satmata

Makam Sunan Giri terletak diatas bukit dan agak jauh dari parkir bas. Tetapi pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan kereta kuda. Bayaran dikenakan ialah Rp2.000 seorang. Perjalanan tidaklah jauh tapi kalau berjalan kaki lenguh juga.Jaraknya sekitar 15 minit perjalanan. Kereta kuda disini dipanggil ‘Gilman’.Kalau di Jogja ia dipanggil ‘Dokar’.

Sebenarnya, Bas boleh hantar kami hingga ke kaki bukit Makam tetapi kerana nak memberi nilai tambah kepada produk pelancungan disini disamping nak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Jawa. Kreativiti dan inovasi begini perlu diterapkan dalam industri pelancungan diMalaysia.

Sunan Giri seorang ulama’ Feqah. Sikap dan keyakinannya itu turut disokong oleh Sunan Ampel dan Sunan Derajat.Pandangan dan pendekatanya nya sedikit berbeza dengan Sunan yang lain. Namun hubungan ukhuwwah Islamiyyah tetap dipelihari. Ini terbukti ketika perasmian Masjid Demak. Sunan Kalijaga mahu perasmian diadakan persembahan wayang kulit. Tetapi Sunan Giri berpendapat wayang berwajah manusia hukumnya haram. Sunan Kalijaga dengan kreativiti dan inovasinya telah mengubahnya menjadi wajah karikatur. Sunan Giri bersetuju dan ia terus digunakan sebagai media dakwah.

Inilah contoh kebijaksanaan dalam perjuangan dakwah mereka, perbezaan tidak diruncingkan, persamaan dirapatkan.Ukhuwwah terus dipelihara.

No comments:

Post a Comment