Monday, March 9, 2009

AL MARHUM KIYAI ABAH RASED

Foto ini dirakamkan ketika 'Program jejak Ulama' yang dianjurkan oleh Keluarga Hj Husin Pada tahun 90-an. Orang yang dimaksudkan ialah Abah Rased ( berkopiah putih ). Dia dikatakan teman baik kepada al marhum Mbah Gedi ketika menjalankan aktiviti pengajian di pondok Indonesia. ( Kalau ada pengkaji yang berminat boleh tulis tentang topik ini.)

Masa ni aku masih belajar lagi. adik beradik pun ramai yang masih belajar lagi. Jadi tak berpeluang untuk turut sama dalam lawatan ini.

Aku cadangkan kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang susur galur keturunan dan leluhur, kita anjurkan balik Program jejak ulama ni. Kalau ada yang boleh jadi To ketua, aku sokong je. Aku rasa ramai yang berminat untuk turut serta kalau diaturkan lebih awal.

Dengar ceritanya, Man Noh dah memulakan langkah tinjauan awal untuk trip pada tahun ni. tapi aku tak dapat maklumat yang lebih lanjut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Program tersebut terpaksa ditangguh selepas Pemilu Indonesia . Jadi, masih ada masa kepada yang berminat, tapi belum cukup bajet untuk membuat persediaan awal.

Kalau ada siapa-siapa yang mempunyai info terkini, harap dapat maklumkan kepada semua pengunjung blog ini.

MOZAM

1 comment:

  1. Insya Allah... kalau ada ongkos dan kena masa saya nak ikut serta.

    Sapa-sapa ada niat bolehlah meluahkan niatnya di blog ini. Sekurang-kurangnya tahu sapa-sapa yang berminat nak pergi... boleh kira bilangan orangnya. Kalau tak jadi pun takpa... lain masa boleh pergi jika ada rezeki.

    ReplyDelete