Wednesday, March 4, 2009

Sumbangan Untuk Kandungan Blog Usrah Hj Husin

Assalamualaikum semua,

1. Pihak team blogger Usrah Hj Husin amat mengharapkan bantuan dari semua kerabat keluarga besar kita untuk menambahkan lagi masukan dan bahan koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini.

2. Semua maklumat yang ingin disumbangkan boleh disalurkan kepada team blogger UHH ; kiyaikusen@gmail.com.

3. Kswon

MONGGO MAMPIR

3 comments:

  1. Saya ingin mencadangkan agar setiap keluarga daripada anak-anak al-Marhum Kiyai Haji Husin disediakan segmen/ruangan khas untuk keluarga masing-masing...di mana setiap keluarga dapat menyampaikan info dan perihal keluarga masing-masing. Maknanya kena ada wakil dari setiap keluarga yang menuliskan data-data atau info-info berkaitan keluarganya di blog ini.

    Contohnya, sapa-sapa yang baru dapat cahaya mata bolehlah menghebahkannya seperti nama, foto baby dan lain-lain...contoh.

    Tujuannya tidak lain adalah bagi mengeratkan silaturrahim, agar di antara sepupu atau dua pupu atau tiga pupu nanti dapat mengenal saudara masing-masing. Jika tidak, seperti yang banyak kita lihat sekarang (orang lain la ..), antara sepupu atau dua pupu sudah tak tahu bahawa mereka bersaudara. Malah, dah jadi pakcik-pakcik ni pun dah tak berapa kenal sangat anak buah masing-masing.. semakin ramai.. Alhamdulillah.

    Ini hanya satu cadangan sahaja. Terpulang kepada pihak penyelia blog bagaimana..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.... Aku baru balik dari tabung haji sebentar tadi..nak dapatkan info macammana nak daftar diri untuk pergi haji berkumpulan. So inilah info (apa yg diperlukan)yang aku dapat kongsikan:
    -buku akaun tabung haji
    -Simpanan minimum RM 1300
    -Pemegang akaun tak perlu datang untuk mendaftar. Hanya perlukan seorang wakil , bawa buku akaun ahli-ahli yang nak pergi dalam kumpulan tersebut.
    So sapa-sapa berhajat nak pergi haji bolehlah joint sekali dengan kami. Mungkin 5-8 tahun dari sekarang....akun belum cukup lagi.

    Sekian

    jumpa lagi

    ReplyDelete