Wednesday, March 4, 2009

ALU-ALUAN

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kabare mbah-mbah, wak-wak, paman-paman dan semua pengunjung blog ini.

Saya mengucapkan selamat datang dan kunjungan anda semua sangat bermakna dalam usaha kita mengeratkan hubungan silaturahim.

Saya bagi pihak keluarga Tn Hj Mughni bin Hj Abdul Rahman dan Hajah Pauziah Hj Husin sangat berbesar hati sekiranya tetamu-tetamu terhormat semua dapat membantu membangunkan blog ini untuk meningkatkan jaringan dan hubungan keluarga kita.

marilah kita bersama-sama menyumbangkan idea, ilmu dan pengalaman,catatan perjalanan bersejarah, foto-foto lama yang dapat mempersatukan jaringan keluarga besar al Marhum Kiyai Kusen.

Tujuan blog ini bukanlah untuk berbangga-bangga dengan keturunan atau niat mazmumah ( mohon dilindungi Allah ) tetapi bertujuan untuk menjadi wadah kita berkongsi ilmu dan informasi yang berguna untuk dikongsi bersama.

Mohon pandangan dan saran yang baik dari semua.

MOZAM

2 comments:

  1. alhamdulillah...
    kemunculan blog ini merupakan satu lagi langkah ke depan untuk keluarga as-syeikh al-marhum kiyai haji husain (rahimahullah) demi mengorak langkah ke arah kebahagian duniawi dan ukhrawi.

    alhamdulillah..impian saya untuk mengenengahkan kiyai haji husain sebagai seorang tokoh ulama telah pun tercapai dengan adanya seminar ulama selangor pada tahun lepas.

    namun, janganlah pula disangka ianya adalah satu kejayaan mendaki puncak gunung, pada hal hakikatnya kita baru sahaja sampai di kakinya...dan perjalanan masih jauh.

    tahiyyati lakum.

    ReplyDelete
  2. syukria habib,

    kalau ada tulisan kajian terbaru atau foto-foto klasik boleh poskan kepada admin; kiyaikusen@gmail.com.

    admin ; mohon diuar-uarkan blog ini kepada semua kaum kerabat melalui email dan sms untuk hebahan yang lebih luas.

    ReplyDelete